Banyak Duit Tapi Tiada Asset Banyak Duit Tapi Tiada Asset - The New Minded Banyak Duit Tapi Tiada Asset Banyak Duit Tapi Tiada Asset Banyak Duit Tapi Tiada Asset Langkau ke kandungan utama

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Banyak Duit Tapi Tiada Asset

Banyak Duit Tetapi Tidak Banyak Aset
Banyak peniaga mempunyai banyak duit. Mereka sentiasa ada duit tunai dalam tangan.
Mereka mudah mengeluarkan duit membeli itu dan ini. Rumah mereka selalu ditambah di sana, ditambah di sini, sehingga sentiasa bertambah besar.
Mereka juga membeli kereta, sehingga ada 4 ataupun 5 buah kereta parking di depan rumah.
.
Tetapi selepas bertahun-tahun, malah berbelas tahun, mereka masih berniaga di dalam gerai yang sama. Tidak berpindah ke bangunan kedai milik sendiri.
Begitu juga, mereka tidak membeli aset-aset baru. Kalau membeli pun hanya sekeping, dua keping tanah di kampung yang murah harganya.
.
Mereka berniaga dengan mengira keuntungan berdasarkan kiraan dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, paling lama dari bulan ke bulan.
Cara mereka berfikir adalah dalam tempoh-tempoh yang amat pendek.
+ “Hari ini berapa kita untung?”
+ “Minggu ini berapa kita untung?”
+ “Bulan ini berapa kita untung?”
+ “Projek kali ini berapa kita untung?”
+ “Trip kali ini berapa kita untung?”
+ “Sale kali ini berapa kita untung?”
.
Pembelian aset yang bernilai tinggi memerlukan duit pendahuluan yang banyak. Bagi membeli rumah kedai 3 tingkat, minimum wang tunai RM300k diperlukan. Selainnya baru boleh menggunakan pembiayaan bank.
Sebenarnya, seandainya dikumpulkan, peniaga itu sudah membuat keuntungan lebih RM300k.
Tetapi disebabkan keuntungan itu tidak dikumpulkan, wang itu dibelanjakan. Akibatnya, sampai berbelas-belas tahun berniaga pun dia tidak pernah mempunyai simpanan tunai RM300k.
.
Akibat tidak menyimpan, sampai tua bongkok dia akan terus berniaga di dalam gerainya, dia tidak dapat membeli rumah kedai 3 tingkat dan meng-upgrade bisnesnya.
Dia juga tidak dapat membuat pelaburan-pelaburan baru dalam bisnesnya.



Jom Baca Artikel Teknik Mengawal Cash Flow Anda

If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner