Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM - The New Minded Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM Langkau ke kandungan utama

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Betulkan Tabiat Baru Berjaya Menyimpan RM

Semuanya bermula dari dalaman
 ==========================
 .
 ASB , Hartanah , Emas , Saham , Forex , UT , FCPO , Takaful, Perniagaan dan apa sahaja yang ingin ceburi bermula dari dalaman. Guru sorang ini kata ini bagus , yang itu kata itu bagus , sorang tunjuk skill mengira dan multiply , sorang pula tunjuk skill tarik duit dari udara .. macam-macam ada .. yang tak tahu hujung pangkal akan terpengaruh .. semua ini poyo .. semua ini hanya alat .. bila ditanya soalan asas apa matlamat hidup dan kewangan anda .. semuanya kelaut.
 .
 Habis tu mana satu yang bagus ? semua bagus kalau anda tahu matlamat hidup dan kewangan yang jelas .. selagi tak tahu apa itu matlamat hidup dan kewangan selagi itu meraban. Alat kewangan adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan .. kalau pendapatan RM1000 tapi perbelanjaan RM1001 semua alat kewangan boleh humban ke laut. Itu adalah asas.
 .
 Nak simpan duit dimana , nak labur dimana , takaful apa , nak berniaga dimana dan apa adalah perkara terakir yang perlu difikirkan. 2 perkara utama menentukan kejayaan kehidupan , baik dari segi keluarga mahupun kewangan.
 .
 1. Sikap (attitute)
 2. Tabiat (behavior)
 .
 Ubah keduanya dahulu , baru yang lain akan turut tersusun , Ilmu penting tapi bukan penentu kejayaan , semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri , sikap dan tabiat adalah pengaruh terbesar dalam hidup. Kedua-duanya bukan "nature" (azali) tapi "nurtured" (dididik).
 .
 Sebagai contoh :-
 .
 Macam mana nak menyimpan jika punya sikap boros dan tidak pernah ada tabiat menyimpan ? Biarpun ada Ilmu 10 X lipat ASB , 7 petala Emas , Leverage Hartanah tersungkam , Forex di Korek dan bekerja selama 20 tahun dalam industri takaful pernah berguru dengan 100 guru , hadiri beratus seminar dan baca 1000 buku sekalipun jika masih punya sikap dan tabiat buruk yang sama ?
 .
 Macam mana pula seorang yang buta huruf , tak pernah bekerja dalam industri kewangan , bukan kaunselor rumah tangga , tidak pernah ke sekolah boleh punya keluarga bahagia (tidak bercerai berai) dan masih kaya raya ? Biarpun tidak pernah hadiri seminar , jumpa tok guru atau baca buku kewangan dan rumah tangga ?
 .
 Yang membezakan keduanya adalah sikap & tabiat.

 .
 "Faktor kejayaan kekayaan adalah 20% Ilmu dan 80% Sikap & tabiat"
 .
 Nota :
 .
 Orang yang dah dari kecil sudah terbiasa (sikap & tabiat) kencing berdiri sukar untuk kencing mencangkung biarpun diberitahu 1001 hikmah dan nasihat (ilmu).


Jadi jom mulakan langkah Step by Step...
baca artikel seterusnya disni
Perancangan Kewangan




If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

  1. Bagus2.. Nanti hujung tahun blh blnje Papaglamz.. hahah

    BalasPadam
  2. Insyallah sembang2 teh tarik.. Hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner