2016 2016 - The New Minded 2016 2016 The New Minded Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!

Klik banner untuk join ya.

Cara Untuk Decode Lock Template

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya ingin membuat satu tutorial bagaimana untuk decode template yang mempunyai lock tempate a.k.a malicious code. 
Sebenarnya kenapa saya sering kali membincangkan topik malicious code ini adalah disebabkan oleh jika site anda mempunyai malicious code ia akan menyebabkan jangkitan ke blog lain turut terkena tempiasnya.. Sebab saya dah pernah kena bila check blog tersebut mempunyai malicious code.. 
Baca Malware Detected Di Blogspot
Ia adalah malicious code yang dianggap sebagai satu ancaman malware la gitu.. Tapi jika diikutkan ia adalah satu lock script untuk membezakan paid dan free version template. Tapi jika paid template pun diberi lock script macam mana tu? 
Walaupun blog kita ni tidak la sebegitu popular kan tapi langkah pencegahan dan juga memberikan userfriendly kepada pengunjung blog ini perlu dititikberatkan seperti bebas daripada malicious code, mempunyai https, blog loading time cepat dan template yang responsive.
Baru-bar…

Jom Masuk Dalam Senarai Blogger Malaysia Blogahbar.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Apa khabar para pembaca setia blog saya ini ? Harap anda berada dalam keadaan yang sihat ye.. 
Hari ini saya ingin membuat satu artikle dan juga ingin mengajak kepada mereka yang mempunyai blog untuk masuk dalam senarai blogger malaysia blogahbar.my
Sementara tengah tunggu reprint semula tesis saya ni sebab salah margin bagus update blog jap.. hurmm.. hanya mampu senyum je bila tengok kesalahan sendiri.. bijak-bijak.. nasib la ada printer sendiri kalau print dikedai mahu lari bajet saya bulan ni.. 
Okay balik semula kepada topik ni, sebenarnya saya tengah nak kumpulkan seberapa banyak yang boleh senarai blogger yang masih aktif dalam Malaysia terutamanya. Setiap list tu akan dimasukkan kedalam bloglist yang telah saya buat di blogahbar.my tu. 
Untuk bloglist ini saya pecahkan kepada 2 bahagian iaitu blog keutamaan dan juga bloglist.. 
Apa beza blog keutamaan dengan bloglist ni ? 
Beza dia blog keutamaan ni ia mempunyai :- Nama blogTajuk Artikle …

Siapa Admin Senarai Blogger Ni Eh ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 
Bila mood nak menulis dan update blog ni datang sampai dua article pun saya boleh menulis.. haha.. Maybe agak stress sikit nak menulis tesis, mencari jawapan yang tak jumpa.. hurmm.. 
Masa tengah tengok stats di blogger ni ternampak satu url http://senaraiblogger.blogspot.my/ macam kenal adminnye tu tapi biar la adminnye sendiri datang sini bagi tahu... :D :D 
Apa yang menariknye la kan serius punya banyak list blog yang ada disitu tak taw la ada berapa banyak, 294 blog list mungkin ada kalau saya tak salah kira la kan.. Fuh.. Banyak juga rupanya.. Puas kalo blogwalking ni... 
Disitu ia terbahagi kepada tiga section iaitu yang pertama priority blogger , kedua blogger family dan ketiga blogger. Blog ni termasuk dalam kategori priority blogger.. Dalam priority blogger kalau tak salah kira ada 29 blog dalam list tu.. 
Terima kasih kepada admin tersebut ye masukkan blog yang tak seberapa ni dalam priority blogger.. hehe.. 
Blog Senarai Blogger ini …

Makanan Bulan Ni Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Apa khabar anda semua?? 
Lama tak update blog ni, agak sibuk sedikit bulan ni.. Almaklumlah dah last semester tinggal disini banyak benda nak kena urus sebelum pulang semula ke tempat asal di kuala lumpur tu, law tak nanti leceh nak datang sini semula kalo ada benda tak selesai.. Lagi pun sekarang ni tengah sibuk menulis tesis fuh.. plus next week dah mula final exam.. hurmm.. lagi la sibuk..
Memandangkan hari ini ada masa sedikit sebab dah seminggu ni asyik terfikir je lama bebenor tak hupdate blog ni.. Hari ini baru la ada kesempatannya nak update.. 
Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai makanan feveret saya untuk bulan ini.. Iaitu nasi kerabu.. haha.. 
Dah beberapa minggu ni hari-hari makan nasi kerabu je bila lunch , nasib la sedap sebab yang masaknya tu orang kelatan so memang ada la rasanya tu kan.. harga dia pula RM5 sebungkus.. Tapi pada saya agak berbaloi la sebab sedap dan nasi dia banyak.. Cuma hari ni sayur dia pula habis... huhu…

Servis Claim Warranty SONY Laju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai servis claim warranty SONY laju dan cepat. 
Minggu lepas saya ada masalah dengan cable usb untuk hp sony ni, dia macam tak detect nak caj gitu. Jadi saya call center sony bertanyakan masalah saya ini bagaimana nak diselesaikan ? Beliau maklumkan kepada saya untuk pergi ke Sony Servis Center untuk check dahulu jika masalah usb ni dapat diclaim warranty. 
Jadi pada hari tersebut iaitu minggu lepas hari selasa saya pergi ke Sony Servis Center di alamat yang diberikan kepada saya untuk check masalah usb itu.. Beliau check dan mengatakan ye memang ada masalah ni, jadi dia check hp masih dalam warranty dia meminta warranty card dan prove of purchased untuk claim warranty tersebut. 
Mula-mula saya sangkakan aksesori SONY ini tidak dicover warranty maybe kalau dicover pun below than 6 month. Tapi beliau beritahu kepada saya aksesori pun dicover sehingga 1 tahun sama dengan hp.. Fuh terkejut juga dengar…

Tutorial Pasang Search Box Blog Responsive HTTPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Post entry hari ini saya ingin membuat satu tutorial mengenai cara memasang search box yang responsive terhadap https.
Tutorial ini ada kait rapat dengan post entry lepas iaitu  Google Chrome Papar Unsecure Connection Terhadap HTTP Kenapa dengan responsive https ?

Kerana, selepas penukaran daripada http kepada https dilakukan anda perlu membetulkan beberapa mixed content antaranya adalah berpunya daripada gambar dan juga link http yang digunapakai didalam https ni . Banyak la juga faktor yang terjadinya mixed content ni tapi yang selalu terjadi adalah disebabkan oleh gambar yang menggunakan url http..
Apa terjadi jika terdapat mixed content ni ?
Ia akan terjadi lock anda itu tidak green lock dan ia tidak fully secured. Macam dibawah ni.
Sama ada ia mempunyai amaran kuning.. merah.. mahupun hijau disertakan triangle ! gitu.. Ia bermakna anda mempunyai masalah mixed content.. Senang citer kalau la ia tak betul2 green lock means ia ada la tu mixed cont…

Google Chrome Papar Unsecure Connection Terhadap HTTP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengenai google chrome akan papar unsecure connection terhadap http bermula januari 2017.

Sebenarnya dah lama dah saya kerap maklumkan mengenai https ni di blog ni, antaranya yang saya jumpa

Teknik SEO Blog Website Berkesan 2015Adakah HTTPS Penting dalam SEO Ranking ? Jadi tidak mustahil kenapa google chrome akan mula memaparkan unsecure connection terhadap http ini disebabkan sudah lama https ini di lancarkan.. skrg ni pun dah nak masuk 2017..

Ia akan mula memaparkan pada chrome versi 56.. Dimana ia akan melibatkan laman web yang mempunyai keyin password / credit card number yang tidak menggunakan https akan dipaparkan sebagai not secure.

Seperti yang dimaklumkan ia adalah proses peringkat demi peringkat dan tidak mustahil suatu hari nanti laman web pun perlu https dan akan papar not secure bila tiada https..

Jika tidak salah saya, sekarang ni kesemuanya ingin aimkan kepada penggunaan https terhadap didalam …

Teknik SEO Friendly Untuk Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik untuk SEO Friendly bagi blog anda berada di search engine ketika proses pencarian berlaku.

Haha.. Bukan hari ini lagi tapi setahun kemudian..

Fuh.. Punya la lama ia berada didalam draf.. Dah setahun rupanya.. Baru tadi terperasan eh ada artikle yang tak dipublish la rupanya.. Padahal dah siap dah menulisnye tu.. Okay jadi mari kita sama-sama baca ye kisah lama ni.. Ramai dah orang tahu..

Time ni masih lagi guna windows vista.. cuba la tengok design template dulu tu.. haha.. lain kan..

Okay back to the story..
Bagi default theme blogspot kebanyakkannya masih tidak seo friendly.
Permasalahan yang berlaku adalah apabila search engine dilakukan terhadap perkataan ini sebagai contoh tempahan kuih raya semperit sedap 2015 ia keluar dipaparan search result adalah  nama blog anda terlebih dahulu baru muncul nama tajuk entry anda. seperti gambar 1 .
Apakah tujuan untuk mulakan tajuk entri anda terlebih dahulu baru be…

Kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa) ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Sudah lama saya tidak berkongsi mengenai khasiat yang terdapat didalam makanan kan?
Jadi hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai kenapa anda perlu memakan Oats (Avena sativa)?
Sebelum saya bercerita lebih lanjut mari terlebih dahulu kita ketahui dimanakan oat ini ditanam?
Terdapat top 10 negara yang menanam oat ini diantaranya adalah Rusia, Canda, US, Poland, Finland, Australia, Germany, Belarus, China dan Ukraine. 

Apa sebenarnya yang terkandung didalam oat ini?
Di dalam oat, ia mengandungi sejumlah kuantiti yang baik diantaranya adalah vitamin E, beberapa vitamin B, kalsium, magnesium dan potassium
Kebaikkan oats terhadap kesihatan ? 
Kesihatan jantung. Dengan memakan 3 gram soluble fiber daripada oats dapat mengurangkan lower blood cholestrol dan juga low density lipoproteins, Selain itu, didalam oat juga mengandungi beta-glucans yang dapat mengurangkan bad cholestrol
Tekan darah tinggi. Kepada mereka yang mengalami tekan darah tinggi, o…

Jenama Kerepek Ubi Pedas Yang Sedap ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Pernah ke anda tercari-cari jenama atau keluaran kerepek ubi pedas yang mana satu sedap? 
Maklumlah kan ada banyak juga di pasaran yang menjual kerepek ubi pedas ni.. 
Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit antara kerepek ubi pedas yang boleh dikatakan sedap dan rangup boleh didapati di pasaraya.
Jika dilihat pada packaging produk ini ia diusahakan oleh Ain Food Delight Resource yang bertempat di teluk panglima garang. 
Masa beli tempohari tidak lihat pula dimana tempat pembuatan dia, bila amik gambar baru ternampak eh di teluk panglima garang la.. Memang masa dulu di Matrik Selangor Banting bila kawan pulang ke rumahnya dan balik semula ke asrama fuh memang dia akan bawa balik kerepek pisang ubi macam2 la.. Jadi saya menanggap bahawa kawasan disana memang perusahaan pembuatan kerepek.. 
Apa yang menariknye kerepek ubi pedas ini adalah ia tidak la pedas sangat dan tidak terlalu manis, bila makan tu mula-mula tak rasa pedas tapi bila dah 5 ke…

Minyak Wangi Brut Original EDT [Review]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ini saya ingin membuat review sedikit mengenai minyak wangi brut original eau de toilette (EDT). 
Secara jujurnya lama minyak wangi brut ini merupakan minyak wangi kegemaran saya yang ketiga kalau didalam list tu selepas minyak wangi polo black & Bergamot EDC by Crabtree & Evelyn. 
Agak lama juga sebenarnya tidak menggunakan minyak wangi brut ni kalau dulu masa sekolah guna minyak wangi brut ni la bau dia boleh menenagkan fikiran.. fuh sedapje baunnya tidak kuat sangat dan tidak lembut sangat.. Ia berada di tengah-tengah.. 
Actually, banyak juga minyak wangi yang telah saya cuba seperti keluaran body shop, produk minyak wangi dashing edt, uber-men dan gatsby.. Apa tah lagi tak ingat.. haha.. Tapi yang sesuai dengan saya dan saya suka adalah dari produk polo black, bergamot EDC dan juga brut original ni.. 
Walaupun minyak wangi brut ini tidak semahal daripada produk polo dan produk crabtree, tapi wangiannya agak long lasting juga la …

Adakah Blogging Masih Wajar didalam Media Social ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya kepada anda, adakah blogging ini masih wajar di dalam dunia media sosial ? 
Mohon maaf ye kepada rakan-rakan blogger lain hampir dua minggu tidak aktif.. Agak sibuk 2 minggu ini dengan pelbagai tugasan dan juga halangan yang datang.. Alhamdulillah kesemuanya dah selesai.. Minggu ini hari ni baru la ada rehat dan masa lapang sedikit.. Insyallah akan mula berblogwalking dan baca artikle - artikle yang menarik telah anda tuliskan itu.. 
Okay.. Berbalik semula terhadap tajuk entry kali ini.. Masih wajar ke dunia blog di mata media sosial ni? 
Pada pendapat saya ia masih wajar kerana didalam blogging ini anda tiada had batas terhadap limit untuk menulis artikle anda untuk diwar-warkan kepada para pembaca anda.
 Blogging tiada had limit dalam penulisan artikle anda, dimana jika anda ada idea yang ingin dikongsikan ia boleh ditulis dengan panjang tidak seperti di twitter ada had limit hanya 140 words …

Barang Dari Thailand Selamat Sampai di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai barang dari thailand telah selamat sampai di kuala lumpur... 
Setelah 10 hari menunggu akhirnya sampai juga barang saya ini di rumah dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang damage terhadap produk di dalam tu.. 
Barang apa yang sampai dirumah saya ni? 
Masih ingat ke kes casing handphone saya yang pecah tempohari ?  Apabila Produk Yang Kata Lifetime Warranty Tunaikan Kata-katanya
Jadi selepas dari proses pengesahan dari pihak krusell mengenai masalah produk mereka yang saya beli tempohari pihak beliau setuju untuk menghantar satu casing baharu kepada saya sebagai ganti rugi untuk produk yang bermasalah itu.. 
Produk yang dihantar oleh mereka dibungkus dengan baik dengan plastik bubble dan juga ada lagi plastik wrapping dan kotak.. Kotak yang digunakan juga agak keras dan sesuai la untuk dihantar international.. 
Packaging memang memuaskan hati dan produk casing didalam itu tidak ada mengalami sebaran…

Sedap ke Essenso Microground Coffee [Review]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Apa khabar anda semua? 
Diharap berada di dalam keadaan yang sihat ye.. 
Hari ini saya ingin membuat sedikit review essenso microground coffee dari keluaran super.
Actually saya beli kopi 3 in 1 ini di myNews, Hospital Prince Court KL.. 
Fuh.. kenapa di hospital? 
Itu la balik KL ni kena jaga orang sakit.. Mak kena masuk hospital sebab ada treatment sikit.. Alhamdulillah tidak la teruk insyallah esok dah boleh discaj.. Sampai je ke semenanjung ni terus jage dia di hospital ini.. 
So pagi tadi rasa macam teringin pula nak minum kopi, jadi saya pergi le ke kedai runcit di bawah tu.. Tengok ada jual pek kecil kopi essenso ni ha.. Teruih beli je la kan.. Nak juga rasa sedap ke tak kan kopi dia ni.. 
Bila balik je bilik wad ni bancuh.. Fuh.. Sebelum bancuh lagi dah cakap dengan mak, ini kang kalau bancuh kopi ni mahu satu aras boleh bau... Dan jangkaan nye yes betul.. satu bilik ni bau kopi dia.. wangi nye.. 
Rasa dia memang super.. Serius sedap.. h…

Pertama Kali Terima Anugerah Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit berita yang gembira iaitu mengenai pertama kali terima anugerah dekan di universiti.. 
Bukan nak heboh satu dunia tapi cuma nak kongsikan je pengalaman yang ada ni.. 
Actually dah hampir 4 tahun berada dekat sini inilah kali pertama baru la terima anugerah dekan ni.. Alhamdulillah, satu pencapaian yang bagus.. Ye la kan kalau anda tidak dapat pencapaian sebegini atleast one time tak rasa rugi ke? 
Tidak kira la anda berada dimana-mana sekali pun di sekolah, kolej, universiti mahupun di alam pekerjaan.. Anda perlu tanamkan niat untuk atleast dapat satu award yang bernilai dari tempat anda berada itu.. Kenapa saya perlu katakan sebegitu? 
Sebab ia sebagai satu reward la kepada anda yang telah habiskan banyak masa dan tenaga serta buah idea fikiran bagi melaksanakan tugasan yang diberi dan ia diberi hadiah melalui awards ni ia dapat membebaskan rasa penat lelah anda tu dan memberi aura positif yang baru untuk …

Berjimat Boleh Tapi Jangan Sampai Jadi Kedekut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk berjimat boleh tapi jangan sampai menjadi kedekut. 
Fuh, tajuknye tu boleh tahan kan.. Silap-silap anda yang tengah baca ni pun boleh terasa kan.. haha.. Ye la kan hampir semua orang buat benda ni tapi dalam anda tak sedar ia telah terjerumus menjadi seorang yang kedekut. 
Gambar animasi diatas ini memenuhi apa yang saya nak ceritakan untuk hari ini.. Tengok je gambar tu dah tahu dah apa point sy nak kongsikan untuk hari ini.. 
Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai topik ini saya nak kongsi sedikit kisah hidup saya la sikit yang boleh anda jadikan sebagai pengajaran or mana tahu dari kedekut boleh ubah jadi yang pemurah. 
Jika sebelum ini saya ini merupakan seorang yang agak kedekut juga la didalam pengurusan kewangan saya sendiri hatta didalam animasi diatas yang ikon lelaki itu ada juga menceritakan tahap kedekut saya itu jadi macam mana.. Mungkin saya jadi begitu sebab saya sendiri pe…

Even Borneo Eco Film Festival

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Baru-baru ini saya ada pergi ke even borneo eco film festival pada 8-9 oktober 2016 yang lepas.. Tapi saya pergi pada 9 Oktober 2016 sahaja, itu pun lepas kawan beritahu kepada saya yang ada pameran wwf yang rupanya didalam even borneo eco film festival. 
Ketika kami sampai di suria sabah pada hari berkenaan, terdapat 3 even yang pertama adalah berkaitan dengan Law, kedua jualan gudang dan yang ketiga adalah borneo eco film festival. 
Oleh kerana, kami hanya tahu ada pameran wwf dan tidak mengetahui bahawa ia didalam borneo eco film festival menyebabkan satu bangunan suria sabah kami pusing mencari dimana letaknya even tu.. Tapi akhirnya kami jumpa even borneo eco film festival ni di tingkat atas berdekatan dengan perpustakaan yang ada didalam suria sabah.. Bila masuk je pintu utama terus nampak booth wwf ni.. Ooo rupanya ia berada didalam even borneo eco film festival. 

Ketika kami sampai, tayangan pada waktu itu adalah berkenaan dengan gaya st…

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner