Panduan Untuk Menulis Blog Panduan Untuk Menulis Blog - The New Minded Panduan Untuk Menulis Blog Panduan Untuk Menulis Blog Panduan Untuk Menulis Blog Langkau ke kandungan utama

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Panduan Untuk Menulis Blog


Login Page
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya ingin memberikan secara ringkas mengenai panduan untuk menulis blog menggunakan blogspot.

Panduan ini saya tujukan kepada mereka yang baru ingin menceburi dalam dunia blogger, selamat datang saya ucapkan dan selamat mencuba panduan ini ya.

Langkah Pertama

Login Page
  1. Anda perlu menaip www.blogger.com dan tekan enter.
  2. Paparan seperti di atas akan muncul, anda perlu sign in ke google account anda dengan memasukkan email address dan tekan next dan masukkan paswword tekan sign in.
Langkah Kedua

Homepage blog anda

  1. Selepas anda telah berjaya sign in paparan seperti diatas akan muncul, di paparan ini akan memaparkan kesemua blog yang dikendalikan didalam akaun anda.
Banyak betul blog yang dikendalikan oleh saya.. hehe..

Langkah Ketiga

Shortcut Button untuk menaip
  1. Bagi memulakan proses menaip entry post anda, anda boleh terus menekan button yang ada logo pensel tu. Macam dalam gambar diatas yang saya highlightkan dengan box merah.
Langkah Keempat

Paparan untuk menaip entry anda
  1. Setelah berjaya anda menekan button tadi, paparan seperti diatas ini akan muncul.
  2. Di ruang atas Post Title itu adalah nama tajuk entry yang akan anda tulis, Sebagai contoh untuk entry kali ini tajuk dia adalah berkenaan "Panduan Untuk Menulis Blog" dan isi kandungannya adalah berkenaan cara-cara untuk menulis blog.
  3. Di bawah post title itu ada menu bar dimana disitu adalah untuk anda mengubah gaya bentuk jenis tulisan symbol "F" , mengubah saiz tulisan symbol"tT", Pertukaran warna tulisan di Symbol "A".
  4. Bagi untuk memuat naik gambar masuk kedalam post anda itu, di menu bar ada satu symbol yang berbentuk gambar seperti saya highlight dalam gambar diatas. Setelah berjaya diloading paparan seperti dibawah ini akan muncul.
Memuat Naik File Gambar
  1. Paparan diatas akan muncul setelah berjaya anda clik button gambar tadi.
  2. Bagi memuat naik gambar, anda boleh menekan choose file untuk memuat naik gambar daripada laptop atau komputer anda.
  3. Selepas itu anda perlu menekan gambar yang telah berjaya diupload tadi dan tekan button biru add selected untuk memasukkan gambar tadi kedalam Post anda.

Langkah Kelima
Publish
  1. Setelah article anda siap ditulis perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah publish post anda.
  2. Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan button publish seperti saya highlightkan didalam gambar diatas, jika tiada sebarang erorr article anda akan berjaya dipublish.
Itu sahaja langkah mudah untuk anda praktikkan bagi menulis blog kepada mereka yang masih baru didalam dunia blogger dan masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan menulis post entry.

Sekian, Terima Kasih.

If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner