Februari 2017 Februari 2017 - The New Minded Februari 2017 Februari 2017 The New Minded Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Review Hypergear Sling Pac Machin Bag

Sling Pac Machin Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  Apa khabar semua? Lama betul saya tidak update blog ni kan.. Agak sibuk sedikit sekarang ni.. Sekarang ni macam seminggu sekali je post akan dipublish.. Idea nak keluarkan ni banyak sangat tapi tu la kekangan masa.. Insyallah saya akan cuba juga update yer.. Jangan makin lari dah la reader-reader saya tu... 😂😂 Okay hari ini saya nak review sedikit mengenai sling pac machin bag by hypergear ni.. Actually baru je beli beg ni kebetulan sekarang ni memang all the time ride motor on the road tambah lagi sekarang ni musim hujan so tiba-tiba masa jejalan tadi termasuk pula store hypergear di klcc ni..  Bag ni ada beberapa warna antaranya kuning, hijau, biru dan hitam.. Yang warna hijau tu serius lawa ooo.. tapi sayangnya stok habis.. ni la masalahnya bila barang lawa stok abis yang tinggal cuma display set.. kalau display set tu dapat diberi 50% off dari harga asal memang confirm la amik tapi malangnya tidak ada.. hur

Review Internet Celcom First Platinum

Speed Test Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Apa khabar anda semua? Sihat ke? Tempoh hari saya ada buat satu tutorial bagaimana untuk membuat bloglist menggunakan google spreadsheet , bagaimana dah berjaya ke buat tu? Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet Hari ini pula saya ingin membuat sedikit review mengenai kelajuan internet celcom daripada plan first platinum. Semalam saya telah terminate broadband maxis sebabnya data yang diberikan tidak mencukupi bila guna je tak sampai seminggu dah habis qouta, macam air terjun qouata dia berjalan. Terus terminate semalam, apabila tanya jika upgrade baru bagaimana?? still kena ada juga contrak 24 bulan.. hahaha.. terima kasih la memang tak la nak lagi sekali selama 2 tahun.. patotnya depa kena la jaga customer kan takyah la nak ada kontrak bagai untuk existing customer mereka.. apa2 pun selamat tinggal maxis.. Terminate maxis broadband pun disebabkan plan celcom first platinum ni menyediakan qouta

Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet

Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Hari ini saya akan membuat satu tutorial mengenai cara membuat bloglist menggunakan google spreadsheet. Ia cukup mudah untuk dilakukan, saya akan ajar anda buat bloglist ini menggunakan gambar dan juga video. Jika tidak faham boleh terus lihat video bagaimana saya lakukannya. Langkah Pertama Google Sheets Pertama sekali anda perlu login ke google drive dan membuat satu folder yang bernama bloglist.  Selepas folder tu dah dicreate anda perlu tekan button new > google sheets dan paparan seperti ini akan muncul Google Sheet Didalam google sheet ini kita hanya perlu menggunakan 3 ruangan sahaja iaitu bahagian A, B dan C. Langkah Kedua url blog Pertama sekali anda perlu memasukkan url blog feed dahulu. Untuk pengguna blogspot url feed ia adalah begini http://urlblog/feeds/posts/default Langkah Ketiga Importfeed Langkah ketiga ini adalah untuk

Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur

Lempeng Pisang Assalamualaiikum dan Salam Sejahtera...  Pernah ke anda makan lempeng pisang di kedai ?  Saya selalunya kalau nak makan lempeng pisang mesti akan masak dirumah, tetapi dua hari lepas semasa saya pergi ke UTC Keramat, Kuala Lumpur terdapat satu gerai ini ia menjual lempeng pisang yang agak sedap dan isi intinya memang mencukupi dan agak banyak..  Sementara menunggu urusan siap di utc keramat tempoh hari, saya pun pergi ke food court dibawah ground floor utc tersebut dan melihat makanan apa yang menarik untuk dimakan bagi mengalas perut yang lapar masa tu. Pusing-pusing di ground floor tu terjumpa satu gerai ini ia menjual lempeng pisang dengan harga RM2 sahaja..  Gerai Busu Eda Nama gerai tersebut adalah gerai busu eda ia terletak berdekatan dengan eskelator utc keramat ni, kalau anda turun eskelator dari 1st floor anda perlu belok kiri dan akan nampak gerai ni.  lempeng pisang + limau suam   Saya order lempeng pisang dengan limau suam..

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner