2020 2020 - The New Minded 2020 2020 The New Minded Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!

Klik banner untuk join ya.

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!

Klik banner untuk join ya.

Feri Di Pulau Pinang

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman menaiki feri di penang. Lama tak jejak kaki di penang banyak juga perbubahan di pulau pinang ya.Feri penang sekarang ni di bawah seliaan prasarana. Feri di cat baru cantik la banyak design di body nya tu. Tambang dewasa RM1.20 manakala kanak-kanak 60 sen. Jika dari pulau nak ke seberang tak payah bayar, tapi dari seberang nak ke pulau baru bayar. Kiranya harga tu untuk round trip la gitu. So bila kira sehala 60 sen untuk dewasa 30 sen untuk kanak-kanak. Kira murah sangat la tu kan..Bila datang penang ni kalau tak naik ferry kira tak lengkap la visit ke Penang. Mesti kena naik ferry baru syiok. Hari tu bawak anak-anak dengan isteri naik ferry nasib mereka tak mabuk laut.. haha.. Bila dah sampai di seberang ada satu terminal sentral, dekat situ ada shoplot mall banyak diantaranya 7-Eleven, watson, mr diy, kedai makan dan ada kedai lain-lain. Konsepnya lebih kurang sama macam kl sentral ada mall nu sentral s…

Kad Touch n Go Ada Expired Date?

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,Buat mereka yang tertanya kad touch n go ni ada expired date ke? Jawapanya, iya. Kad touch n go ada expired date. Dekat mana nak tengok expired date kad touch n go?Boleh lihat dekat belakang kad touch n go ada tertera exp date untuk kad anda tu. 

Dia punya format MM/YYYY month and year. Lama saya guna kad touch n go ni masa perlancaran 1 Malaysia dulu.. masa ni ayah yang beli kad ni pastu dia bagi saya untuk guna sampai la ke sekarang ni.. Untuk proses penukaran kad touch n go yang expired ni boleh terus ke kaunter touch n go hub di nu sentral, kl sentral. Kos pernukaran kad baharu adalah percuma. Baki kad akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda ataupun transfer ke kad baru. Itu kena refer dengan pegawai disana sebab dia ada criteria dia. Macam saya, pilih untuk transfer ke bank sebab date exp tu lama lagi gitu.. 
Okay buat mereka yang ada banyak kad touch n go tapi dah expired boleh terus pergi tukar ya.. tak perlu pergi beli baru.. semoga article …

New domain ahmadhasif.tk

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,
Lama tak update web ni.  Untuk makluman domain yang lama tidak lagi diguna pakai sebab terlupa nak renew.. haha.. baru perasan dah expired rupanya.
Lantaran itu, kita guna balik domain yang pernah dipakai sebelum ni iaitu ahmadhasif.tk , alhamdulillah belum ada orang guna lagi. Hehe. 
Tapi agak penat la nak build back ranking dan lain-lain.. huhu.. takpela slow-slow la rebuild dari bawah.. sayang juga sebab domain lama tu dah hampir lebih 5 tahun juga guna domain tu siap dengan email semua guna domain tu.. haha.  Its okay build semula dari bawah. 
Buat mereka yang hendak hubungi saya boleh tekan dibahagian contact us utk lebih lanjut ya.. info akan update disana.. 
Maaf atas kesulitan ini..


Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Nasi Lemak Spesial Sempena PKP

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni nak berkongsi sedikit mengenai menu juadah berbuka puasa sempena PKP.. iaitu nasi lemak..
Alhamdulillah tidak lama lagi ramadhan pun akan menjelma, buat yang tak habis ganti puasa tu cepat-cepat gantikan ya.. hehe..
PKP kali ni dah masuk minggu keempat kan.. ke aku ni dah tahu bape minggu dah asyik duk rumah je kan.. Duk rumah pun buat kerja ya Work From Home WFH...

Hari ni malas nak share resepi just nak menulis merapu-rapu ja.. 
Menu juadah berbuka puasa hari ni adalah nasi lemak dengan ayam goreng.. 
Kebetulan pula semalam aku terbeli pula kelapa parut ingat masak meee jawa kena la buh kelapa parut aku pun pi la beli sampai setengah kilo kelapa parut hamik kau nak buat apa banyak2 tu.. Sekali sampai rumah isteri tanya beli kelapa parut kenapa? Aku pun jawab la kata nak masak mee jawa sekali jawapan yang didengar mee jawaa Sarawak tak guna santan.. Alahai aku pun diam je la.. hahaha..
So hari ni jawabnya makan nasi lemak la dekat rumah.…

Guna Anydesk remote Desktop Ofis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman Work From Home atas perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan baru-baru ini.

Mungkin adanya yang terfikir bagaimana nak buat kerja dari rumah sedangkan PC semua dekat ofis tu guna internal LAN connection antara server ke Desktop Ofis. Nak buat kerja dari rumah macam mana kan.

Ya itu semua bermain diminda anda sekarang ni.

Zaman dah maju semua teknologi sudah ada, alasan jangan diberi. Jika tidak tahu banyak membaca ataupun tanya kepada mereka yang arif.

Okay untuk mejawab persoalan anda tu. Anda boleh guna software Anydesk sebagai alternatif untuk akses PC di ofis dari rumah secara mudah dan penggunaan internet pun tidak la banyak mana pun..

Langkah Pertama

Apa yang diperlukan ?

Anda perlu download software Anydesk dan installkan di PC Rumah dan PC di Ofis.

Aaaa sudah macam mana nak pergi ofis pula nak install bagai kan.. hehe.. mesti bermain diminda anda sekarang ni.. Ok itu masalahnya anda…

Cara mengukur saiz kasut beli online

Cara mengukur saiz kasut beli online

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai cara untuk mengukur saiz kaki anda apabila nak beli kasut secara online. 
Kebiasaannya cara ni berkesan sebab kita akan ukur size kaki menggunakan centimetres (cm) . Bila dah ukur boleh maklumkan kepada penjual ukuran saiz kaki anda untuk mereka check kasut size apa yang sesuai dengan ukuran yang anda berikan. 
Kadang kala penjual akan memaklumkan kepada anda jika design kasut tu ada kecil dan suggest untuk ambil saiz besar sedikit untuk keselesaan kepada anda. Trust me diaorang lebih tahu terhadap kasut yang mereka jual tu. Jadi untuk mengelakkan saiz yang salah diterima sila ikut nasihat yang diberikan oleh penjual ya.





Setakat ini saya beli kasut secara atas talian tiada lagi masalah akibat salah size or kecik ke tak selesa ka semua nya cun.  Sebab itu kita kena ukur dan dengar pandangan nasihat seller tu.
Apa perkara yang perlu anda maklum kepada seller berkenaan k…

Idea Seni Cup Cakes Menggunakan Lidi Sate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Hari ini ingin berkongsi sedikit hasil kerja tangan saya anak dan isteri.. 
Actually projek ni dah lama dah diberi dan dah siap pun. Post kali ni pendek je saja biar dia kekal dalam blog ni buat kenang-kenangan.
Mana tahu ada yang nak buat masa cuti sekolah ni kan boleh la saya share some idea kan untuk mengisi masa lapang anak2 tu nanti.

Bahan yang diperlukan kard board keras hitam, pensel, reben, lidi, kertas warna dan gam. 
Kalau ikutkan kena guna batang kayu aiskrim tapi disebabkan sukar nak cari guna je la batang lidi sate senang nak dapat.. Seni kan kena la kreatif betul tak..
Cara nak buat dia senang ja, 
Lakarkan cupcake dekat atas kertas card board tadi tu.. pastu gulungkan reben tu jadi macam dalam gambar ikut nak tebal mana tapi kalau nak cantik biar seragam tebal dia. Lepastu amik batang lidi sate tu balutkan dengan kertas warna baru la nampak cantik. 
Batang lidi tu pun kena potong ya ikut kreativiti masing2.. Nak cantik guna playar …

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunaiBuat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.Tag 3 rakan Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korangIbusyurga.blogspot.comSukamakanjalan.blogspot.comwww.dawaibesi.comwww.guamansyarie.comhttps://nikmatterbaik.blogspot.comhttp://www.mamapipie.com Ini syarat w…

Review Nongshim Spicy Mushroom Shin Ramyun

Assalamaualaikum dan salam Sejahtera.
Hari ini saya akan berkongsi sedikit mengenai review mee segera shin ramyun ni ya. 
Post kali ni pendek je just nak share sahaja pengalaman makan mee Nongshim Spicy Mushroom Shin Ramyun.
Dekat mana boleh dapat?
Anda boleh dapatkan dekat Pasaraya atau kedai serbaneka berdekatan anda. Dia ada jual dalam cup senang nak makan kan. 
Okay jom saya share sikit gambar mee dia ya. 

Nampak sedapkan.. 
Rasa mee ni?
Rasa mee dia kenyal sikit kena dengan taste saya sebab saya tak suka makan mee segera yang lembik2 ni suka kenyal-kenyal sikit.. tapi mee ni takde la kenyal sangat pun lembut je.




Bagaimana rasa kuahnya?
Kuah dia pun sedap layan je masa makan walaupun dia cakap spicy actually takde pedas pun biasa sahaja kepedasannya.. Pedas lagi mee segera kari.. Rasa kuah dia sedap juga ada pedas sikit masam sikit kira cukup la dengan kepekatannya tu.
Selain itu dia ada juga sayur-sayuranya keringnya tu macam biasa kena rendam bersama mee tu dulu baru dia akan kemb…

Review Laura Daddys Hazelnut Creame

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai satu produk bumiputera iaitu Laura Daddy's Hazelnut Creame yang dikenali juga sebagai bread spread ya.
Untuk makluman ini bukan paid review ya just perkongsian saya sahaja berkenaan produk ini dimana mungkin anda sendiri pun pertama kali dengar kan. 
Ceritanya bergini, tadi masa tengah berjalan beli barang dekat ST Rosyam Mart duk sibuk mencari barang ayam sayur kan tak perasan pula En. Azrol yang tengah sibuk membuat block display untuk promosi produk ni. Tapi tiba-tiba masa jalan nak ke kaunter bayaran mata ni melilau pula ke kiri ke kanan and then ternampak la block display untuk promosi ni. 
Dalam hati bercakap oh produk baru ni kot tak pernah nampak lagi.. Kebetulan pula memang dah lama tak makan hazelnut choco bread spread ni dalam masa yang sama pula En. Azrol memanggil dengan mengatakan promosi produk baharu hanya RM7.90 terhad untuk 3000 unit pertama sahaja dan juga kepada pemegang kad a…

Resepi Donut Gebu Sedap

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Resepi Donut Gebu Sedap..
Ni first time saya buat donut di rumah.. Cara nak membuatnya senang ja tak susah tapi kena ada sedikit sabar sebab proses nya tu yang memakan masa sedikit sebab kita kena tunggu doh tu betul-betul kembang.
Resepi ni isteri saya yang sediakan, saya cuma sediakan bahannya aja dan tolong ulikan dia...
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat donut gebu sedap;  1) Tepung Gandum 2) Gula icing 3) Majerin / Planta 4) Serbuk Yeast 5) Minyak Masak 6) susu pekat 7) telur ayam
Pertama sekali, kita perlu amik Dua Cawan tepung gandum letak Dua Sudu Makan  majerin dan Dua Sudu Makan Susu pekat lepas tu uli kan dia bagi sebati.
Kedua, dalam pada masa sama bancuhkan yeast Dua Sudu Makan dengan air suam (1 1/2 cawan air) letak garam pastu letak telur sebiji.. Dah siap buat tu baru tuangkan bancuhan air tadi sedikit demi sedikit dekat tepung tadi.
Mula menguli sampai jadi doh ya... Masa menguli …

Resepi Popia Goreng Rangup

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai Resepi Popia Goreng Rangup..
Resepi Popia Goreng Rangup ni resepi isteri saya yang punya, saya sediakan bahan aje..
Bahan-bahan yang digunakan adalah udang segar, kobis, telur, carrot & bawang holland. Kesemua bahan-bahan tu kena sagat atau potong halus.. 
Cara menyediakan bahan-bahan tu adalah,
Langkah Pertama gorengkan udang dengan kunyit sedikit lepastu angkat udang yang dah siap goreng.. lepastu Goreng telur dadar dan dipotong halus suapaya senang nak letak dekat popia nanti. 
Seterusnya adalah tumiskan untuk bahan-bahan sayur pula. Pertama sekali tumiskan bawang holland dulu lepas dah naik wangi kita masukkan kesemua sayur tersebut bila dah siap masak angkat tosskan dia untuk bagi Kering sikit.. 
Masa untuk membalut popia...
Lepas dah siap sediakan kesemua bahan tu amik satu keping kulit popia dan letakkan sayur campur sikit, udang & telur sedikit dekat kulit popia lepas tu bungkuskan dia...

Review Roti Samudra Easy Bite Chocolate

Assalamaualaikum dan salam sejahtera, 
Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai roti samudra easy bite yang boleh didapati di kedai runcit berdekatan anda. 
Roti samudra easy bite yang saya cuba rasa ini adalah perisa coklat. 
Kenapa dia dinamakan sebagai easy bite?  Sebab ia senang untuk dimakan guna sebelah tangan pun boleh makan tak perlu untuk buka mulut besar-besar just buka sikit ja untuk gigit roti tu, itu sebab dinamakan sebagai easy bite. 
Okay kenapa saya katakan roti easy bite ni best? 
Sebabnya pertama sekali inti dia penuh ya dari hujung ke hujung inti nya tu sekata.
Keduanya roti nya rasa lembut dan padat, walaupun dia panjang berbanding roti cream roll yang lain tapi rotinya itu lembut dan padat.. Qualitynya tu masih sama walaupun anda beli roti itu dekat kedai lain dan kawasan lain.. Kiranya ia ada standard penjagaan kualiti produk tersebut. 
Harganya pula reasonable juga satu roti itu berharga RM1.00.. 
Ketiga, walaupun dia panjang tapi berat roti itu lebih kurang…

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner