Januari 2020 Januari 2020 - The New Minded Januari 2020 Januari 2020 The New Minded Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Review Laura Daddys Hazelnut Creame

Laura Daddys Hazelnut Creame Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai satu produk bumiputera iaitu Laura Daddy's Hazelnut Creame yang dikenali juga sebagai bread spread ya. Untuk makluman ini bukan paid review ya just perkongsian saya sahaja berkenaan produk ini dimana mungkin anda sendiri pun pertama kali dengar kan.  Ceritanya bergini, tadi masa tengah berjalan beli barang dekat ST Rosyam Mart duk sibuk mencari barang ayam sayur kan tak perasan pula En. Azrol yang tengah sibuk membuat block display untuk promosi produk ni. Tapi tiba-tiba masa jalan nak ke kaunter bayaran mata ni melilau pula ke kiri ke kanan and then ternampak la block display untuk promosi ni.  Dalam hati bercakap oh produk baru ni kot tak pernah nampak lagi.. Kebetulan pula memang dah lama tak makan hazelnut choco bread spread ni dalam masa yang sama pula En. Azrol memanggil dengan mengatakan promosi produk baharu hanya RM7.90 terhad untuk 3000

Resepi Donut Gebu Sedap

Donut Gebu Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Resepi Donut Gebu Sedap.. Ni first time saya buat donut di rumah.. Cara nak membuatnya senang ja tak susah tapi kena ada sedikit sabar sebab proses nya tu yang memakan masa sedikit sebab kita kena tunggu doh tu betul-betul kembang. Resepi ni isteri saya yang sediakan, saya cuma sediakan bahannya aja dan tolong ulikan dia... Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat donut gebu sedap;  1) Tepung Gandum 2) Gula icing 3) Majerin / Planta 4) Serbuk Yeast 5) Minyak Masak 6) susu pekat 7) telur ayam Pertama sekali, kita perlu amik Dua Cawan tepung gandum letak Dua Sudu Makan   majerin dan Dua Sudu Makan Susu pekat lepas tu uli kan dia bagi sebati. Kedua, dalam pada masa sama bancuhkan yeast Dua Sudu Makan dengan air suam (1 1/2 cawan air) letak garam pastu letak telur sebiji.. Dah siap buat tu baru tuangkan bancuhan air tadi sedikit demi sedikit dekat tepung t

Resepi Popia Goreng Rangup

Popia Goreng Rangup Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai Resepi Popia Goreng Rangup.. Resepi Popia Goreng Rangup ni resepi isteri saya yang punya, saya sediakan bahan aje.. Bahan-bahan yang digunakan adalah udang segar, kobis, telur, carrot & bawang holland. Kesemua bahan-bahan tu kena sagat atau potong halus..  Cara menyediakan bahan-bahan tu adalah , Langkah Pertama gorengkan udang dengan kunyit sedikit lepastu angkat udang yang dah siap goreng.. lepastu Goreng telur dadar dan dipotong halus suapaya senang nak letak dekat popia nanti.  Seterusnya adalah tumiskan untuk bahan-bahan sayur pula. Pertama sekali tumiskan bawang holland dulu lepas dah naik wangi kita masukkan kesemua sayur tersebut bila dah siap masak angkat tosskan dia untuk bagi Kering sikit..  Masa untuk membalut popia... Lepas dah siap sediakan kesemua bahan tu amik satu keping kulit popia dan letakkan sayur campur sikit,

Review Roti Samudra Easy Bite Chocolate

Easy Bite Chocolate Assalamaualaikum dan salam sejahtera,  Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai roti samudra easy bite yang boleh didapati di kedai runcit berdekatan anda.  Roti samudra easy bite yang saya cuba rasa ini adalah perisa coklat.  Kenapa dia dinamakan sebagai easy bite?  Sebab ia senang untuk dimakan guna sebelah tangan pun boleh makan tak perlu untuk buka mulut besar-besar just buka sikit ja untuk gigit roti tu, itu sebab dinamakan sebagai easy bite.  Okay kenapa saya katakan roti easy bite ni best?  Sebabnya pertama sekali inti dia penuh ya dari hujung ke hujung inti nya tu sekata. Keduanya roti nya rasa lembut dan padat, walaupun dia panjang berbanding roti cream roll yang lain tapi rotinya itu lembut dan padat.. Qualitynya tu masih sama walaupun anda beli roti itu dekat kedai lain dan kawasan lain.. Kiranya ia ada standard penjagaan kualiti produk tersebut.  Harganya pula reasonable juga satu roti itu berharga RM1.0

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner