Resepi Donut Gebu Sedap Resepi Donut Gebu Sedap - The New Minded Resepi Donut Gebu Sedap Resepi Donut Gebu Sedap Resepi Donut Gebu Sedap Langkau ke kandungan utama

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!

Klik banner untuk join ya.

Resepi Donut Gebu Sedap

Donut Gebu
Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Resepi Donut Gebu Sedap..

Ni first time saya buat donut di rumah.. Cara nak membuatnya senang ja tak susah tapi kena ada sedikit sabar sebab proses nya tu yang memakan masa sedikit sebab kita kena tunggu doh tu betul-betul kembang.

Resepi ni isteri saya yang sediakan, saya cuma sediakan bahannya aja dan tolong ulikan dia...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat donut gebu sedap; 
1) Tepung Gandum
2) Gula icing
3) Majerin / Planta
4) Serbuk Yeast
5) Minyak Masak
6) susu pekat
7) telur ayam

Pertama sekali, kita perlu amik Dua Cawan tepung gandum letak Dua Sudu Makan  majerin dan Dua Sudu Makan Susu pekat lepas tu uli kan dia bagi sebati.

Kedua, dalam pada masa sama bancuhkan yeast Dua Sudu Makan dengan air suam (1 1/2 cawan air) letak garam pastu letak telur sebiji.. Dah siap buat tu baru tuangkan bancuhan air tadi sedikit demi sedikit dekat tepung tadi.

Mula menguli sampai jadi doh ya... Masa menguli ni perlu guna tenaga sikit sebab bila dah nak jadi doh tu tepung dah mula bercantum jadi perlu uli kuat sedikit supaya ia benar-benar sebati..

Bila dah siap menguli, doh tersebut perlu diperap selama 1 Jam ya untuk pastikan ia benar-benar dah kembang.

Bila ia dah kembang dah boleh mula membuat doh donut.. tapi jangan risau kalau takde acuan donut boleh guna kreativiti sendiri boleh guna penutup botol yang ada muncung asalkan dia boleh buat bentuk bulat dan lubang di tengah.

Bilah dah siap buat bentuk donut, kita bagi kembang sedikit dalam 10-15minit untuk bagi bentuk donut tu kembang sedikit.

Acuan Donut

Tuang minyak dalam kuali pastikan donut tu boleh berenang dia tak sentuh lantai periuk kuali tu supaya dia dapat goreng dengan cantik. Minyak agak guna banyak sikit masa nak goreng ni.. 

Panaskan minyak tapi nanti bila dah cukup panas api kena kawal supaya donut tu tak hangus dan ia masak sekata..

Bila donut dah siap goreng gaulkan donut tu dengan gula icing.

Lepas tu apa lagi makan ler donut tu... Sedap....

Selamat mencuba ya..

If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

  1. dah lama tak buat donat, mungkin salah satu sebab kurang kesabaran hehehe... akak prefer buat keria dari donat

    BalasPadam
  2. bagusnya pandai buat kueh.. buat sendiri puas hati..
    makan pun puas =D

    BalasPadam
  3. tak pernah buat donat tapi selalu beli jer yang Big Apple...mmg sy tiada kepandaian membuat kuih mcm ni...

    BalasPadam

Catat Komen

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner