Kenangan Kenangan - The New Minded Kenangan Kenangan Kenangan Langkau ke kandungan utama

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

Kenangan

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama sudah tidak bersiaran di blog ni.. Sewaktu dahulu diblog ini aku aktif untuk berkarya menulis sehingga satu tahap mencapai mempunyai domain sendiri, email dan lain-lain. Ia satu hobi yang amat manis bagi seorang penulis blog. Tapi sayangnya setiap yang hadir pasti akan berakhir hujungnya. Begitula kehidupan kita sebagai manusia, setiap yang hidup pasti akan merasai sakaratul maut atau meninggal dunia. 

Sedar tak sedar hari ini genap 13 bulan arwah baba telah pergi meninggalkan kami semua. Banyak kenangan manis tercipta bersama diantara yang masih terpahat di akal fikiran adalah ungkapan dulu kita pernah hidup lebih susah berbanding sekarang macam mana kita boleh survive? Allah tahu along boleh hadapi perkara yang lebih mencabar. Itulah ungkapan yang masih terpahat sehingga sekarang, jika dulu kita diuji dengan lebih berat tapi kita dapat mengatasinya kenapa ujian yang diterima tidak terlalu berat kita terasa ia berat? 

Tidak ku duga percutian yang tidak dirancang dengan teliti itu merupakan percutian terakhir buat saya sekeluarga. Teringat pada masa lepas habis kerja singgah ke rumah arwah baba sambil makan malam dan solat maghrib dan isyak berjemaah. Sambil makan malam itu ada baba tanya nak pergi ke Penang ke dalam sahutan tu aku pun terus kata okay je lagipun sudah lama aku tak pulang ke kampung bersama isteri dan anak2. Terus aku tanya bila? Dia kata minggu depan ka macam tu. begitula sesi perbualan kami di rumah masa itu. 

Kebiasaannya selepas selesai solat isyak aku akan pulang ke rumah, sebelum pulang ada lagi aku bertanya confirm ke jadi nak pergi ke pulau pinang sebab sebelum ni ada juga ajakan macam ni tapi tidak jadi. Baba kata jadi, kali ni mesti jadi dia kata. Aku dengar pun rasa lain macam pada waktu itu memang confirm la jadi ni. Sebab kalau jadi aku nak booking tiket flight dan hotel semua. Kemudian pulanglah aku ke rumah untuk sampaikan khabar berita gembira kepada isteri aku untuk bercuti di Pulau Pinang. Kemudian terus aku booking hotel dengan tiket flight semua kami sekeluarga pergi sehari awal dari perancangan tarikh baba kerana beliau kerja pada hari berkenaan. 

Pada 11 Sept 2020 pagi jam 7 pagi baba sampai dekat george town terus beliau ke hotel kami dekat bayview hotel georgetown, baba naik bus tengah malam dan naik feri penang kemudian beliau ke hotel kami. Sampai sahaja beliau ke hotel kami, sembang2 sebentar sementara anak-anak dengan isteri siap berkemas. 

Kemudian kami terus jalan kaki ke roti canai transfer road. Ya agak jauh juga berjalan tu, arwah baba memang suka berjalan kaki kalau setakat 1km berjalan tu baginya perkara biasa macam tu la. So perjalanan dalam 15 minit sepajang perjalanan kaki itu sempat baba bercerita beberapa tempat yang arwah atuk pernah jadi imam dekat masjid ni, pernah berniaga di sini. kemudian ada street art kami sempat amik gambar bersama tapi baba biasa la jarang dia nak amik gambar ni. 

Terus sampai la kami di transfer road minum pagi di kedai roti canai berkenaan, dah lama saya tak minum pagi macam ni dengan arwah baba di kedai. itu la detik kami sekeluarga minum pagi di luar bersama baba. sempat saya amik gambar selfie kami sekeluarga bersama baba, cuma dia pesan jangan tunjuk dekat umi nanti umi marah sebab baba belum mandi lagi pagi ni terus ajak korang ni pergi makan. 

Selepas selesai makan baba bercerita la ini la kedai roti baba selalu beli roti kalau sebelum balik kl, kedai roti ni berhadapan kedai roti canai transfer road tu. Pastu baba bercerita la dekat cucunya nampak tak beca tu, dekat beca tu ada roti dorang jual roti letak kaya. Dekat KL takde orang jual macam ni kan. cucu pun kata la ya takde jual macam ni dekat KL. Mereka pun bergambarla dengan beca roti tu. 

Kemudian kami terus berjalan kaki ke pasar chowrasta untuk naik bus ke air itam. Masa itu baba bercerita dengan cucunya dekat sini la kalau nak beli jeruk-jeruk dalam pasar ni. Nanti ajak papa pergi sini sebelum balik KL beli sikit untuk Nenek ya. Nenek suka makan jeruk tu. Agak lama juga la kami tunggu bus sebab awal pagi orang pergi kerja kan. Baba bertanya dengan aku nak pergi mana lepas ni, kami kata nak naik bukit bendera. Ooo. kalau macam tu jom la kita naik grab katanya aku pun kata okay tapi naik bus lagi best. biasala baba memang suka dia naik bus. hampir 25minit kami tunggu bus alhamdulillah, akhirnya tiba juga bus untuk ke bukit bendera dengan berhenti di air itam. 

Sepajang perjalanan baba bercerita dengan cucunya dekat sini la kalau tak papa korang sekolah dekat sekolah maahad hamidiah ni tapi dia taknak lepas tu nak pulak. Macam tu la perangai papa kau dari kecil sampai la ke besar ni. Mula2 taknak pastu lama sikit dia berubah fikiran jadi nak la pulak. Dia tunjuk la ini la masjid negeri penang. Sampai dekat area kampung melayu air itam, dekat sini la sekolah baba masa kecik2, dekat sini la padang bola baba selalu main, dekat sini la rumah baba jauh tak baba berjalan kaki nak pergi main bola. Cucu semua ternganga mulut jauh betul atok pergi main bola jalan kaki. Atok pun kata biasala dah biasa jalan kaki sejak kecil. Papa korang tu pun sama dah biasa ikut atok ni berjalan sebab tu dia boleh je jalan jauh sebab kami ni bukan dari keluarga orang senang dulu sekarang ni alhamdulillah. Kemudian loceng bas ditekan turun la baba depan rumah kami di air itam, kami bersalam dengan baba kata nak pergi bukit bendera nanti turun bukit bendera kami singgah rumah jap lagi ya. 

Kemudian saya sekeluarga naik la bukit bendera jam 11 lebih camtu la. Kemudian jam 12 lebih baba call tanya kau tak pergi solat jumaat ke sebab kami ni semua nak ke masjid kejap lagi ni nanti kau jangan lupa singgah rumah tok kau dah masak macam-macam ni. Aku pun kata okay insyallah sampai nanti. Kebetulan pula tak lama lepas tu hujan di atas bukit bendera dan kawasan sekitar. Jam 2 petang aku sampai di rumah air itam baba ada dekat rumah aku tanya awalnya dah balik baba kata pergi2 dah abis orang solat.. kami pun ketawa semua termasuk tok wan aku sekali. Lupa masa covid2 ni dorang khutbah tak lama pun kejap je pergi2 dah abis orang solat jumaat baba pun balik la. 

Kemudian aku dengan baba pergi la ke pasar air itam berjumpa dengan atuk sedara aku ada kedai makan mee rebus. Aku pun bungkus la satu nak bagi makan dekat isteri aku di rumah tu merasa sebab dia tak pernah merasa lagi. Memang sedap. Kemudian selesai makan kami berjalan kaki ke rumah mak sedara pula di lorong belakang jalan la kaki bersama baba sempat la bercerita belah sini kampung melayu belah depan sikit tu rumah cina macam tula bertegur la dengan jiran-jiran dekat situ tanya Man dengan anak ke tu. Aah menyahutnya sama la muka anak kau Man ikut kau betul. Baba hanya senyum. Sampai sahaja rumah mak sedara terkejut dia aku datang ya la mana taknya agak lama juga aku tak ke penang last aku balik ke sana masa arwah moyang meninggal dunia. itu pun sekejap je. 

Kemudian kami pulang ke hotel, lepas tu berjalan la kamii dekat bandar ke street art, menara jam, padang kota, komtar macam2 la. Keesokannya cekout tengahari baba call kata flight lambat lagi kan meh la sini makan lunch kat rumah ni ada tok kau masak ni semua. Nanti tok mamu kau dia nak hantar pergi airport. Datang jangan kau terus ke airport pulak katanya. Aku pun kata la dengan isteri nak pergi air itam semula makan lunch sebelum pulang kl. Kami pun bungkus la nasi kandar dekat hotel bayview untuk bawa balik makan dekat kl nasi dia memang sedap wei. tapi sekarang tak tahu la masih ada lagi ke tak depa jual dekat hotel tu. 

1 lebih sampai dekat rumah air itam, makan tengah hari lepas tu aku dengan baba pergi solat sebelum pergi ke airport. Aku cakapla betul ke tok mamu nak hantar ni. Kita balik ni sebab nak tengok dia tak berapa nak sihat tapi dia pula nak hantar kita dekat airport. Baba kata yala betul la takkan la main, dari kecil kan dia hantar kau balik. Ikutkan aja la, itu ha tengok terus sihat bersemangat tengok korang balik ni ha. Aku pun kata okayla tapi baba kena ikut la teman tok mamu tu. Baba pun kata ya la. Masa nak balik tok aku tanya apa benda dalam plastik aku cakap la nasi kandar, dia tanya beli dekat mana aku cakap la dekat hotel. Awat kau beli dekat hotel dekat flat kg melayu kan ada nasi kandar murah lagi dan sedap. awat tak cakap nak makan nasi kandar boleh pi beli tadi pagi. Aku cakap takdela mahal mana pun tak sampai RM10 pun nasi ni hotel tu jual. Baba pun sampuk ala biasala la kalama pada depa murah la tu nasi tak sampai RM10 dekat KL mana nak dapat harga macam tu lagi mahal ada la. Lagipun depa dah biasa bayar nasi sepinggan dekat KL harga macam tu. Tok aku pun diam dan berkata betul juga tu kan Man. 

Kemudian tok mamu hantar kami sekeluarga pergi ke airport penang. Begitula kisah kami sekeluarga bersama baba di penang tidak ku sangka itu la perjalanan dan percutian kami terakhir bersama baba. Tak sangka juga itu la percutian terakhir aku bersama baba di Penang sejak sekian lama aku tidak balik ke Penang. Banyak cerita yang baba cerita dekat aku sempat dia bercerita dengan cucunya. Itu la kisah perjalanan kami sekeluarga bersama baba. 

Al-fatihah buat baba. Semoga baba ditempatkan di kalangan orang beriman dan disyurga. 




Dibawah ini diantara cerita aku pernah tulis semasa di penang tak ku duga itu percutian terakhir buat aku dengan baba. Feri Di Pulau Pinang




If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner