DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood - The New Minded DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Langkau ke kandungan utama

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

  DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu.  Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja.  Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup luk

Pengikut

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

 

DIY Bilik Tambahan Menggunakan Plywood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Lama tidak bersiaran di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit projek diy yang telah siap dilaksanakan pada musim pkp tempoh hari. Memandangkan rumah yang diduduki ini hanya mempunyai 3 bilik tidur sahaja dengan kapasiti isi rumah 6 orang maka bilik yang disediakan ni tidak cukup, lantaran itu terus tercetus idea untuk membina DIY bilik untuk anak-anak menggunakan kayu. 

Projek ini ringkas sahaja iaitu membuat satu partition sahaja di ruang tamu kedua. Anggaran masa boleh siap 4-5 hari termasuk finishing dan kemas-kemas semua. Projek kali ini saya buat seorang diri, boleh gunakan tangga sebagai penahan hehe.. Isteri cuma tolong sapu2 sahaja lagipun masa buat projek ni kebanyakkan masa saya seorang diri sahaja. 

Sebelum kita mulakan sebarang projek mesti perlu idea dan lakaran, lakaran boleh dilaksanakan di atas kertas terlebih dahulu sebelum kita draf ke dalam sketchup. Tapi kalau takde sketchup lukis je atas kertas senang. Kenapa saya menggunakan sketchup ni supaya senang nak ukur berapa luas bilik bagi tujuan pembelian dan penyusunan perabot didalam bilik nanti. 


susun atur dalam bilik

Bahan yang diperlukan

  1. Kayu 2x2 
  2. Plywood tebal 3mm
  3. Pintu standard size, rangka pintu tak perlu sebab tak guna pun. 
  4. Jigsaw
  5. Gergaji (optional)
  6. Cicular saw (optional)
  7. Skru (2inch, 4 inch)
  8. Drill
  9. Cordless Drill
  10. PVC Wall Plug (standard size)
  11. Xbond adhesive sealant (boleh beli di Mr. Diy)
  12. Pembaris L- Shape
  13. Pita ukur
  14. Cat dan perlatannya
Untuk projek kali ini kos bahan kayu, plywood, xbond adhesive sealant, cat , pintu tidak sampai RM300. ini untuk bahan raw je la ya sebab mesin peralatan memang dah ada beli sikit2 dulu. 

Langkah seterusnya,

Selepas dah ada lakaran kita dah boleh estimate berapa bahan kayu yang diperlukan untuk pembinaan bilik ini, so boleh beli ikut anggaran yang dah kira tadi di hardware berdekatan. 

Proses Pemasangan Rangka 


Langkah seterusnya,

Proses pemotongan kayu mengikut lakaran yang telah dibuat, so mula la potong kayu 2x2 untuk dibuat sebagai rangka / frame parititon bilik ni. 

Proses pencantuman kayu ini boleh menggukan skru, gam dan juga tanggam. 

Jika dekat bahagian frame (2x2) base tu taknak tebuk tile boleh guna kan gam Xbond adhesive sealant untuk lekat kan dkt frame base tu. Tapi untuk frame dekat dinding tu kena tebuk dan masukkan PVC wall plug + guna screw 4 inch.

Bila dah siap itu semua ia akan jadi macam gambar dibawah ni. 

Siap pasang rangka berserta finishing (cat rangka)


Bila dah siap teguh rangka ni dah boleh pasangkan dinding menggunakan plywood tadi. Nak pasang plywood tu boleh guna screw. Macam projek kali ni plywood saya guna luar dan dalam rangka so tak nampak la rangka tu kan. Dah siap semua akan jadi macam dibawah ni. 

Bilik Tambahan dah siap

Lepas dah siap pasang kesemua plywood berserta pintu tibala masa dinantikan iaitu finishing. Pintu saya tidak menggunakan frame pintu sebab dah buat frame menggunakan kayu 2x2.  


Untuk finishing saya guna cat murah je, sebab tak guna cat sealer so agak tebal la sikit kena guna cat, tapi yang ni 5 liter pun tak abis guna untuk cat ada lagi berbaki sikit. Warna pilihan adalah putih cream dan pink. 

Hasilnya bila dah siap seperti dibawah. 


Siap finishing bilik



Akhir kata, jika nak buat diy macam ni seorang diri hati mesti kental dan sedikit ilmu pengetahuan insyallah berjaya punya. Mungkin ada yang berkata kenapa tidak buat lotengkan. Buat loteng leceh anak2 takut nak naik atas tinggi katanya so pilihan yang ada adalah buat partition. 

Selamat mencuba. 





If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It..

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner